Labels

corat-coret (8) fashion (4) info (24) lyric (6) makan-makan (2) movie (3) pic (79) quote (72) sarcastic (70) song (11) vid (12)

20121020

sinister


semalam tengok cerita sinister dekat berjaya times square
gigih jugak lah nak pergi tengok walaupun sen dah tahap kritikal gaban
sebab tengok trailer macam best
nak nak pulak movie ni dari producer yang sama buat 
insidious dan paranormal activity
maka, mungkin berbaloi tengok kat wayang
sebab sebelum ni tengok insidious kat laptop rase macam
ishk best la pulak..rugi tak tengok kat wayang..huhu

ok, dalam kamus sinister ni maksud nya sesuatu yang ada unsur jahat
dan dalam cerita ni unsur jahat ni memang sesuatu yang paranormal jugak la
kisah nya bermula sebab ada kes pembunuhan satu famili yang tragik
dari satu famili ke satu famili 
pattern yang berbeza tapi ada kaitannya dari segi
akan hilangnya seorang famili member which is seorang kanak-kanak
ade lagi kaitannya tapi tak boleh la story semua kat sini kan..huhu
tak suspens nanti..
dah la banyak elemen kejutan *kata producer insidious 
insidious aku tengok sorang-sorang dalam bilik pun
menjerit jerit macam orang gila..huhu :P

for me insidious macam lagi best kot
tapi sinister ni pun layan jugak
so dapat 4 dari 5 bintang..^_^



20120828

fat unicorn




end of ruler


dark knight rises


special heart


life


go wee wee


pregnancy q & a


hey cat!


15 things you should give up to be happy


negative thinker


best lesson in psychology


presentation versus reality


beautiful soul


walk in their shoes


good old days




20120729

batman the dark knight rises


tajuk : batman the dark knight rises
arahan : christopher nolan
pelakon : christian bale, anne hathaway, tom hardy, 
marion cottilard, joseph gordon levitt, morgan freeman, 

sinopsis : 
okay dimulakan dengan recap sikit pasal hari memperingati harvey dent 
yang disalah tafsir oleh masyarakat gotham city 
sebagai hero dan telah dibunuh oleh batman
..padahal memang tak lah..dalam batman dark knight dah cerita dah pun..
kekesalan tu menjadi punca batman menghilangkan diri selama 8 tahun
sehinggalah timbul keadaan porak peranda ala-ala terrorist 
yang diketuai oleh bane (tom hardy)

..mula-mula ingatkan bukan tom hardy 
sebab macam badan gabak nak mampus..
rupa-rupanya memang betul la dia..
tak cam sebab pakai mask tu..
by the way, lakonan tom hardy ni sangat terkesan dalam filem ni..

bane ni banduan yang yang merancang untuk melepaskan diri 
dari penjara r'as al ghul, 
memufliskan empayar wayne enterprise 
dan membuat kacau bilau di kota gotham..
siap lepaskan banduan-banduan profesional elit dari penjara lagi..

kononnya batman dengan bane ni kenal antara satu sama lain 
sebab ade league of shadows ntah apa-apa tu..
so bane berjaya tewaskan batman dan pergi kurung dia 
dekat penjara dimana tempat asal bane tu..
sebab nak bagi batman ni rasa kesengsaraan dia dulu..

kisah dalam penjara ni agak menarik jugak..
sebab dia penjara yang lain dari yang lain..
tak ada palang-palang besi cuma satu telaga besar yang dalam dan tinggi..
dan terbuka dapat tengok matahari bulan bintang siap..
tapi dalam banyak-banyak orang yang dah cuba panjat untuk lepaskan diri, 
hanya seorang budak kecil je yang telah berjaya..amazing sangat..

heroin pulak ada anne hathaway sebagai selina kyle (catwoman) 
yang memang fabulous lakonannya..beauty with brain..
kerja sebagai pencuri profesional..stylo gila watak dia nih..

selepas bane menakluki gotham city (siap putuskan akses dengan dunia luar lagi) masyarakat gotham city jadi kacau bilau dan tak tentu arah..ape la motifnya?? 
so batman nekad nak lepaskan diri dari penjara tu 
dan bantu warga kota gotham..

----------------------------------------------------------
cerita ni ada banyak elemen suprise dan tak dijangka jugak..
so susah nak cerita sinopsis dengan teratur..
nanti tercerita pulak yang plot-plot yang tak sepatutnya dicerita..:P

antara scene yang best dalam movie ni : 
- time bane letupkan stadium dan spot area seluruh kota gotham 
(bane take over gotham city)
- time selina kyle bawak motor batman yang awesome..
penuh action (jarang tengok anne hathaway beraksi)
- time batman dan catwoman berpadu tenaga lawan secret weapon dia sendiri
- time batman bawak lari bom atom pergi ke tengah teluk..(eh sori :P)

komen : 
memang best movie kali ni..lagi best dari yang sebelum ni..
ada penceritaan dan unsur nasionalisme yang tak berat dan membosankan..
sentiasa teruja dengan babak-babak yang ada selina kyle..stylo habis minah ni..
tak berapa suka dengan adegan lawan batman dengan bane..
bertumbuk je pun..cuba kasi lebih drama sikit
kasi 4.2 dari 5 bintang


john blake and miranda tate
(marion cottilard ni muka macam ida nerina sikit..heh)


catwoman


bane


bruce wayne aka batman



..katanya filem terakhir batman..mungkin pas ni robin pulak..huhu..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...