Labels

corat-coret (8) fashion (4) info (24) lyric (6) makan-makan (2) movie (3) pic (79) quote (72) sarcastic (70) song (11) vid (12)

20120519

altruistik seorang guru

Altruisme ialah satu bentuk empati diri yang mendorong seseorang individu 
menghulurkan bantuan atau mengambil berat terhadap seseorang individu lain ; 
mengatasi kebajikan diri sendiri dan juga tidak mengharapkan sebarang balasan. 

itu adalah satu deskripsi yang tepat didefinisikan terhadap insan bernama guru.. 
seorang guru yang baik akan mengajar anak-anak muridnya 
tanpa kenal erti penat dan jemu..
seorang guru yang berdedikasi akan memberi pemahaman yang konkrit
biarpun dijelaskan berulang-ulang kali..
seorang guru yang gemilang akan sentiasa memikirkan 
ke mana akan hala tuju anak-anak didikannya..

setiap waktu yang berdetik, hati seorang guru yang murni berkata 
'biar aku berkorban masa dan tenaga 
untuk aku melihat anak-anak bangsaku terdidik dan berjaya'..

kehendaknya bukan pujian, bukan hadiah balasan, 
tetapi cuma senyuman yang terukir tatkala 
melihat kejayaan mereka yang pernah dididiknya..

sifat altruistik seorang guru menjadi budaya yang amat ternilai..
keutamaan sentiasa bukan pada diri sendiri, bahkan menjadi satu pendirian 
apabila memilih untuk melangkah ke dalam profesion ini..

apabila melihat anak-anak didiknya memperoleh kejayaan, 
mereka sedar mereka mengecapinya bersama
kerana kejayaan itu dapat dikecapi berkat ajaran yang ikhlas diberi..


selamat hari guru..


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...