Labels

corat-coret (8) fashion (4) info (24) lyric (6) makan-makan (2) movie (3) pic (79) quote (72) sarcastic (70) song (11) vid (12)

20120213

mati dalam peti ais


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..
aku mati dalam peti ais...sejuk!!" 
Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... 
aku dulu mati sebab heart attack." 
Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? 
Apsal ko tak gi buat operation? 
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." 
Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !
In fact mase aku mati tu, aku in recovery. 
Panjang ceritanya..." 
jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." 
kata Hantu B.

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. 
So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku. 
Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku 
kat simpang hujung umah aku je. 
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. 
Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."
cerita hantu A.

"So, ko dapatla tangkap diorang?" 
tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. 
Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, 
aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. 
Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. 
So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. 
Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... 
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, 
aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. 
Dan aku tak sangka aku mati lak..." 
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. 
Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? 
Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


source


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...