...mesej seorang kekasih kepada kekasihnya...
Perempuan : Awak..
Kenape awak tak pernah ajak saya tengok wayang
atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?
Lelaki : Saje..
Perempuan : Saje ke atau awak malu nak keluar dengan saya?
Lelaki : Mana ada..
Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam-malam macam pasangan lain?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awak kan?
Kenapa ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang''
tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu..
Nak termuntah..
...perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya...
...beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej...
Lelaki : Saya tak pernah ajak awak kuar tengok wayang ngan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak kuar ngan saya dan saya nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya..
Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua-duaan? Mcm-macam boleh terjadi kan?
Saya tak nak gayut ngn awk malam-malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya..
Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan..
Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..
Perempuan (Sambil menangis terharu berkata) :
terima kasih bakal suamiku..
Aku amat menyintaimu..
Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah..
source:facebook
source:facebook
No comments:
Post a Comment